Monday, 15 October 2012

Ibnu Al-Haitham

Leave a Comment
Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu Al Muhammad al Hassan ibnu al-Haitham, atau dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenal dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang Sains, Falak, Matematika, Geometri, Pengobatan dan Filsafat. Beliau banyak pula melakukan penyelidikan mengenai Cahaya, dan telah memberi ilham kepada ahli Sains Barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan Mikroskop serta Teleskop. Menurut Ibnu Haitham, Cahaya Fajar bermula apabila Matahari berada di garis 19 darjah di Ufuk Timur. Warna Merah pada senja pila akan hilang apabila Matahari berada di garis 19 darjah ufuk Barat. Dalam kajiannya, beliau telah berjaya menghasilkan kedudukan Cahaya seperti bias dan pembalikkan Cahaya.


Ibnu Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ lahirlah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para Saintis di Italia untuk menghasilkan Kaca Pembesar (Lup) yang pertama di Dunia.

Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemukan prinsip isi padu udara sebelum seorang bernama Trricella mengetahui hal itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemukan teori tarikan Gravitasi sebelum Isaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa Manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung sambung secara teratur telah memberikan Ilham kepada Saintis Barat untuk menghasilkan Wayang Gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan Film yang kemudian disambung sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita lihat pada Masa Kini.

0 Komentar:

Post a Comment

Berkomentarlah yang sopan.
Dilarang berkomentar berbau Spam, SARA, Promosi, atau hal hal negatif lainnya.